Soalan Lazim

Dikemaskini pada November 2016


S : Adakah Nutri-M Shampoo ini berfungsi seperti pewarna rambut lain yang terdapat di pasaran?

J : Tidak. Nutri M Shampoo adalah syampu berkondisioner dengan rumusan 100% herba tradisional yang berfungsi untuk membekalkan nutrien dan memulihkan kembali pigmen hitam yang semulajadi ada di dalam rambut. Ia tidak mewarna rambut dari luar sahaja sepertimana pewarna rambut lain yang ada di pasaran semasa.


S : Adakah rambut (terutamanya yang beruban) akan kekal hitam selamanya selepas menggunakan produk ini?

J : Adalah mustahil bagi rambut untuk kekal hitam selamanya kerana fitrah kita sebagai manusia, rambut baru akan sentiasa tumbuh mengikut peredaran masa dan usia, termasuk rambut yang beruban. Kesan daripada produk ini tidak kekal selamanya, tetapi ia mampu bertahan agak lama. Anda boleh menggunakannya mengikut sukatan dan tatacara yang kami sarankan untuk memastikan rambut sentiasa hitam, sihat, kuat dan bersinar.


S : Adakah bahan atau ramuan yang digunakan di dalam produk ini diluluskan oleh organisasi-organisasi yang berkenaan?

J: Bahan-bahan yang digunakan di dalam Nutri M Shampoo telah diluluskan oleh Jabatan Farmasi Kebangsaan dan disahkan bebas kimia oleh Jabatan Kimia Negara lantaran penggunaan 100% rumusan herba di dalamnya. Produk kami juga telah mendapatkan kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


S: Adakah bahan atau ramuan yang digunakan di dalam produk ini halal dan disahkan statusnya oleh organisasi berkenaan?

J :Ya bahan dan ramuan di dalam produk ini halal, bersih lagi suci kerana ia menggunakan 100% herba. Produk ini juga telah dianugerahkan Sijil Halal oleh sebuah organisasi swasta bernama Islamic Food Research Centre (Malaysia & Asia Region) (IFRC)


S : Di mana patut produk ini disimpan dan siapa yang boleh menggunakan produk ini?

J : Syampu ini hendaklah disimpan di tempat yang kering, tertutup dan tidak terdedah terus pada pancaran matahari untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan yang optimum. Produk ini boleh digunakan oleh orang-orang dewasa, terutama yang sudah beruban sebelum umur menjengah usia 30an. Ibu-ibu yang mengandung dinasihatkan supaya menggunakannya dengan berhati-hati dan dapatkan khidmat nasihat dari doktor/pakar terlebih dahulu.


S : Berapakah harga seunit Nutri M Black Shampoo & Nutri M Anti Hairloss Regimen?

J : Harga bagi seunit Nutri M Black Shampoo adalah RM59 sekotak bagi Semenanjung Malaysia, RM Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura, manakala harga bagi satu set Nutri M Anti Hairloss Regimen ialah RM39 per set. Kos penghantaran adalah PERCUMA bagi pembelian 1-3 set. Kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya ada kos penghantaran tambahan yang diperlukan untuk kuantiti yang lebih besar. Kos penghantaran tambahan tertakluk pada tarif terkini yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat kurier yang telah dilantik.


S : Apakah syarikat-syarikat khidmat kurier yang digunakan pihak Nutri Enterprise untuk tujuan penghantaran?

J : Kami menggunakan khidmat kurier daripada Skynet Worldwide Express & Poslaju National Courier.


S : Berapakah harga bagi belian borong dan bagaimanakah caranya untuk menjadi agen atau wakil pengedar produk Nutri M?

J : Anda boleh emailkan permintaan anda kepada kami di nutrienterprise@gmail.com. Selain itu, anda juga boleh hubungi kami terus menerusi telefon/SMS/Whatsapp di talian 0196647254 / 0196657254 untuk respon yang lebih cepat.


S : Bagaimana pula cara pembayarannya?


J :  Bayaran boleh dibuat melalui deposit tunai bank secara manual atau online. Bank-bank pilihan kami adalah CIMB Bank Berhad & Maybank Berhad. Nombor akaun syarikat akan diberikan kepada anda melalui email selepas pengesahan pesanan/tempahan dibuat. Segala urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia sahaja.


S : Apa yang perlu dilakukan selepas pembayaran dibuat?


J : Anda perlu maklumkan kepada kami sejurus selepas pembayaran dibuat melalui email, telefon, ataupun dengan menggunakan aplikasi Whatsapp pada peranti pintar anda. Sila nyatakan sekali tarikh, masa, tempat dan nombor rujukan desposit tersebut atau lampirkan salinan resit dalam format gambar JPG (*.jpg). Sila nyatakan juga desposit dibuat dari bank apa supaya kekeliruan dapat dielakkan, terutamanya jika anda memilih untuk membuat deposit interbank (deposit tunai dari bank berlainan e.g. CIMB ke Maybank dan sebagainya) kerana deposit interbank akan mengambil masa 1-3 hari untuk memproses pembayaran anda sebelum ia dimasukkan ke dalam akaun syarikat kami.


S : Bilakah penghantaran produk akan dibuat?

J : Penghantaran produk akan dibuat selepas bayaran diterima dan disahkan oleh pihak kami. Ia akan mengambil masa 1-3 hari bekerja dari tarikh terima pembayaran bergantung kepada lokasi anda. Parcel dijangka akan sampai ke rumah anda dalam masa 1-7 hari bekerja selepas pendaftaran penghantaran dibuat oleh pihak kami. Kami akan maklumkan kepada anda jika penghantaran telah dibuat, bersama dengan nombor rujukan penghantaran (Tracking number/ Consignment Number) untuk memudahkan anda menjejak dan mengesan status perjalanan parcel anda. Sila maklumkan kepada kami sejurus selepas parcel anda selamat diterima. Jika tiada apa-apa makluman daripada anda selepas 7 hari bekerja dari tarikh penghantaran, kami anggap ia sudah sampai dengan selamat dalam keadaan yang baik ke tangan anda. Kami juga tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa masalah berbangkit selepas itu.


S : Bagaimanakah caranya untuk menjejak atau mengetahui status penghantaran parcel saya?

J : Berbekalkan nombor rujukan penghantaran yang telah kami berikan, anda boleh menjejak status penghantaran parcel anda secara online dengan menekan "banner" syarikat khidmat kurier yang berkenaan. "Banner" ini terdapat di bahagian kanan paling bawah di dalam laman blog ini (Rujuk sub-tajuk "Kurier Pilihan"). Anda akan dibawa ke laman web jejak & kesan mereka dan ikut langkah-langkah yang diberikan.


S : Apa yang patut saya lakukan jika parcel saya tidak sampai selepas 7 hari bekerja dari tarikh penghantaran dibuat?

J : Sila hubungi pihak kurier secepat mungkin bagi menjejak parcel anda dan pastikan nombor rujukan penghantaran masih disimpan dengan baik untuk mengelakkan sebarang masalah. Pihak kurier akan membantu anda sedayanya.

S : Adakah pihak Nutri Enterprise akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kerosakan parcel?

J : Tidak. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan dan kerosakan parcel anda kerana kami telah memastikan bahawa ia berada dalam keadaan yang baik dan selamat sebelum dan semasa pendaftaran penghantaran dibuat. Selepas parcel anda diambil oleh pihak kurier untuk pemprosesan, ia bukan lagi di bawah tanggungjawab kami dan kami tidak akan membayar sebarang gantirugi dalam apa jua bentuk kepada anda jika parcel anda hilang atau rosak semasa ia di dalam jagaan syarikat khidmat kurier yang berkenaan. Harap maklum tentang perkara ini.


S : Apa yang patut dilakukan jika terdapat kesan sampingan daripada penggunaan Nutri M Black Shampoo?

J : Walaupun amat jarang kes ini berlaku, tetapi kemungkinan itu tetap ada kerana reaksi badan manusia terhadap penggunaan herba berbeza-beza. Jika ia terjadi, terus berjumpa dengan doktor anda dan dapatkan khidmat nasihat atau perubatan dari klinik atau hospital dengan kadar segera. Seperti yang tercetak di kotak syampu dan ada juga kami nyatakan di laman blog ini (rujuk pautan "Sukatan & Cara Guna") kami ingin menasihatkan supaya syampu ini diuji pada sebahagian kecil kulit anda terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Jika tiada sebarang kesan buruk, anda boleh teruskan penggunaan mengikut sukatan dan tatacara yang diberikan. Hentikan penggunaan jika terdapat kesan yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan anda.


S : Adakah pihak Nutri Enterprise akan bertanggungjawab di atas sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kesan alergi yang teruk atau lain-lain masalah kesihatan susulan penggunaan produk Nutri M ini?

J : Maaf, kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang masalah kesihatan sama ada yang biasa atau yang kronik susulan penggunaan produk kami kerana anda sudah dinasihati supaya mengujinya terlebih dahulu di sebahagian kecil kulit anda untuk memastikan tiada reaksi negatif atau alergi diterima. Setiap pembelian atau penggunaan produk ini adalah di bawah tanggungjawab dan risiko anda sendiri. Harap maklum.


S : Bolehkah kami sebagai agen atau wakil pengedar menggunakan sebarang maklumat, petikan ayat, atau gambar-gambar yang terdapat di dalam laman blog Nutri Enterprise bagi tujuan pengiklanan dan urusniaga?

J : Sebarang imej, tulisan dan apa jua bentuk paparan rekacipta yang terdapat di dalam laman blog Nutri M Enterprise adalah dikira sebagai harta intelek dan hak mutlak Nutri M Enterprise. Ia tidak boleh digunakan oleh sesiapa pun melainkan dengan kebenaran bertulis daripada pihak kami. Kami berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menggunakan harta intelek kami tidak kira untuk apa-apa tujuan sekalipun tanpa kebenaran dari pihak kami. Harap maklum.


S: Saya sudah melengkapkan borang tempahan digital yang terdapat di dalam laman blog ini, tetapi terdapat masalah teknikal semasa proses penghantarannya. Apakah yang patut saya lakukan?

J : Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, masalah teknikal, aduan, cadangan dan sebagainya, sila email kami di nutrienterprise@gmail.com atau hubungi kami di di talian 0196647254 / 0196657254  dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya.